Tuesday, 26 May 2015

... Risiko HB Rendah Ketika Hamil ...

Assalamualaikum.. 
ahad lepas checkup kt KD Parit Jelutong. 
Alhamdulillah semuanya ok kecuali berat bdn(naik 4kg) & Hb aku. 
Hb makin menurun dari 11.5 ke 11.1..
memang masih dalam keadaan normal bagi ibu hamil 6 bulan mcm aku tp kena berjaga-jaga supaya x makin menurun dr bacaan 11.0
banyak jugak yang di share oleh nurse kt sane mcm pengambilan makanan yang boleh menambah darah macam hati ayam,kerang,bayam,kangkung,ikan tongkol,ikan cengcaru dan bla..bla..bla..
klu tangkap gambar la time 2 mesti kelakar sbb muke tgh fokus giler dgr satu-satu yg nurse ckp. 
bile nurse abes ckp aku pon bgtau yg sume mkanan disebut diatas merupakan bnde yg mmg aku x suke mkn dr kecik smpai la skrg(dah nk jd mak bdk ni).
jalan terbaik ialah g farmasi n beli je multivitamin yg boleh meningkatkan hb dan sesuai dgn ibu hamil.

ni ubat yg disarankan nurse utk aku

ni pon blh diambil tp dose kirang dr pil Iberet Folic

entry kali ni aku akan kongsikan tentang bahaya HB (Hemoglobin) rendah kpd ibu hamil dan bayi dlm kandungan

Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL DAN KESAN PADA BAYI JIKA HB RENDAH:

Kandungan Kurang Dari 5 Bulan
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai. 

Kandungan 5 Bulan ke 7 Bulan
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

Kandungan 7 Bulan Ke Atas
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

No comments:

Post a Comment